hadir dia seoalah-olah bagi semangat pada aku. semangat baru. new life lepas couple dengan Mr.Wrong. Ya, aku masih trauma dengan 'lelaki' waktu tu. Ya, aku tak setia.tapi hadir dia, ajar aku jadi setia. hadir dia, ajar aku jujur dan ikhlas dalam hubungan. hadir dia juga, ajar aku untuk rendahkan ego dan mengalah. dia laa CINTA HATI aku. tapi aku redha padaMu yaTuhan jika jalan cerita aku dan dia tidak panjang. dan jika jodoh aku dan dia setakat ini, aku cuma mengharapkan ada LELAKI yang lebih baik dari dia. in shaa Allah. seorang lelaki yang boleh memahami aku. yang boleh bahagiakan aku dalam setiap nafas aku. yang boleh sabar dengan karenah aku. mohon dipermudahkan segala urusan yaAllah. Aamiin.
jika suatu hari nanti dia kembali pada aku. aku tak pasti sama ada aku dapat terima dia lagi atau pun tidak. hati aku masih sayang pada dia. tapi aku tak mahu disakiti lagi. luka nya terlalu dalam. aku tak sanggup yaAllah. aku juga tak sanggup berpisah dengan dia. aku terlalu sayangkan dia. dan jika suatu hari nanti dia tak kembali. aku mohon yaAllah. redhakan hati ini. berikan aku kekuatan. kerna pada saat aku terima dia, aku cukup bersedia untuk menerima sebagai pembimbing aku dan anak-anak aku ke syurgaMu nanti yaAllah. jika ini takdir yang perlu aku terima, mohon redha kan hati ku yaAllah. mungkin dia terlalu baik buat aku.
dan untuk dia, kalau awak dah jumpa orang yang boleh sayang awak macam mana saya sayang awak, awak jaga dia baik-baik ye. saya tak nak awak kecewa lagi nanti. sebab saya sayang awak. sampai bila-bila. dari mula saya terima awak, awak laa CINTA HATI saya kalau awak nak tau. saya mula bersedia terima awak masa saya bagi awak tengok 'love shape' yang saya buat. mungkin awak tak perasan. tapi tak apa laa. jalan cerita kita nie, Allah yang reka kan. bahagianya hanya sementara. kalau ini takdirNya, saya doa kan semoga awak jumpa seorang wanita yang awak impikan selama nie. dan bukan macam saya yang susah awak nak paham.